Dari hati ke hati..... renungilah dan gelinangkan air mata..

Untuk yang berduka,  tertekan dan merasakan diri begitu hampa...
Ya Allah!

Milik-Mulah segalanya ini. Ketakutan ini. Rasa kasih ini. Debaran hatiku, milik-Mulah. Milikku hanya kosong. Semuanya kupinjam. Semuanya anugerah. Segalanya ujian. Bila Engkau murka, aku hancur. Bila Engkau cinta, dukaku lebur.


Ya Allah!

Aku menyeru nama-Mu. Aku mencari-Mu. Perjalanan hidup yang kulalui, pada-Mu sajalah tempat akan kukembali. Janganlah Engkau memarahiku. Janganlah Engkau membenciku. Engkau Tuan, aku hamba! Bagaimanakah aku bila Engkau membenciku? Bagaimanakah keadaan aku, seorang hamba, bila dibenci oleh Tuannya? Manalah lagi tempat untuk seorang hamba jika dibenci oleh Tuannya? Mana lagi tempat untukku? Semuanya milik-Mu. Milik-Mulah segala yang ada. Segala yang kunampak dengan mata, segala yang kurasa dengan hati. Milik-Mulah. Milikku hanya kosong. Kosong...


Ya Allah!

Janganlah Engkau jadikan anugerah yang Engkau berikan kepadaku sebagai hijab yang melindungi aku dari pandangan-Mu. Janganlah Engkau jadikan ujian yang Engkau timpakan kepadaku sebagai hijab yang akan memisahkan aku dengan-Mu. Jangan Ya Allah! Bagaimana aku, seorang hamba ingin hidup tanpa kasih sayang Tuannya? Bagaimana aku, seorang hamba ingin hidup tenang bahagia tanpa keredhaan tuannya? Janganlah Engkau jadikan ilmu itu bagai hijab yang memisahkan kita. Janganlah Engkau jadikan kejahilan itu bagai hijab yang menjauhkan kita.


Ya Allah!

Aku dungu! Aku hina!

Janganlah Engkau pisahkan aku dari bimbingan dan pengampunan-Mu.


Ya Allah!

Aku faqir!

Jangalah Engkau tinggalkan aku dalam ketidakcukupanku.


Amin Ya Robb

Insan perlukan kesian dari Allah

Bicara agama harusnya lunak dan memberi harapan kepada mereka yang mengharapkan. Sesekali pabila kita menjengah di persekitaraan, ada di antara golongan agama cuba dan ingin menampakkan Islam itu sesuatu agama birokrasi penuh dengan larangan, dosa dan neraka.

Ujian dari Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Epilog Samuderabiroo


Untuk jawab soalan ini, dengan rendah hati izinkanlah saya.

Malam tahun baru 2011

Malam sudah lama bermula. Sudah mahu sampai di pertengahannya. Namun, bunyi dentuman bunga api di luar sana masih rancak. Disko di Pavilion berkumandang megah Cahaya warna warni memenuhi langit di KLCC malam ini. Saya masih terkurung di dalam dunia sunyi. Memandang dinding dan sesekali berbahasa dengan angin.Makin rancak puing-puing getaran disko diski.... tetiba  masih ada lagi hati insan mendengar detikkan suaraku mengalunkan ayat suci ditelinganya dan di sana segalanya bermula...

Letihnya

Pernahkah anda merasa letih ketika di perjalanan yang sangat jauh?
Entah, tiba-tiba saya berasa terlalu penat. Terlalu letih. Persis baru tiba dari sebuah perjalanan di padang pasir yang luas dan tandus. Saya sudah tidak sabar untuk menamatkan perjalanan ini. Saya sudah sedia membuka mulut, mendongak ke langit agar turun titisan rahmat dari awan kasihNya yang Maha Pemurah. Saya mahu mengisi kedahagaan ini, dengan pertemuan, agar saya tidak lagi berpeluang ingkar terhadap anugerahNya.

Anda, jangan silap faham. Saya bukan berputus asa pada kehidupan yang Allah berikan ini. Bukan! Bukan, saya bukan berputus asa. Saya cuma berasa terlalu letih. Saya hanya mahukan Dia, mahukan sebuah kesudahan yang baik daripada nyawa yang saya galas ini. Saya mahukan kesudahan yang bahagia, bersamaNya tatkala saya sudah berasa amat letih. Saya sakit, entahlah, saya cuma nak kesudahan yang baik dari Sang Pencipta. Dah rasa macam tak larat sangat-sangat dah ni.!

TEATER MUZIKAL...

Assalamu'alaikum & Salam ukhwah buat Mr&Ms D

Dedikasi khas untuk Mr & Ms D


Renungkan

Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan kamu ingin bersikap dingin kepadanya keesokkan . Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kepadanya. Dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan-kawannya yang lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin yang buruk mengenainya. Dia cuba mendekatimu dan menegurmu. Tapi kamu tolaknya ke tepi. Baginya kamu seorang kawan yang terbaik. Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semula kenangan manis yang pernah kamu dan dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya. Tapi, di hatimu sudah penuh dengan kebencian. Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya:

Kepada ..........,

Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tidak beri peluang untuk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya. Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian. Sekarang ini keadaan saya sangat teruk dan makin teruk.

Saya minta maaf sebab hari ini saya tidak dapat berjumpa dengan kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. Saya minta maaf atas pergaduhan kita. Kamu memang seorang kawan yang hebat. Saya berjanji akan sentiasa memerhatikan kamu.

Salam kasih sayang,

..........

Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya. Tapi, hanya ibunya sahaja yang ada di situ. Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tangannya dan dia pun menangis. Dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya. Kamu sudah terlambat. Kamu berharap dapat memberitahu kawanmu yang kamu meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal.

Pengajarannya:

Semua persahabatan ada masa naik dan turun dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jangan tunggu orang lain melakukannya dulu sebab kamu takkan tahu apa yang akan terjadi esok hari.