TEATER MUZIKAL...

Assalamu'alaikum & Salam ukhwah buat Mr&Ms D

Dedikasi khas untuk Mr & Ms D



Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah...kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman...kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan...kamu gembalanya
Isteri adalah murid...kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil...kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu...kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun...kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok...berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwaUntuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah
saw
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin!


Untuk isteri pula...renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa
Aalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
Yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...amin!

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung...kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal...kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal...kamu adalah penonton kenakalannya

Saat suami menjadi raja...kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa...kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang...sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah...amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri...
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Suami &
isteri ingatlah!
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah...andai diri tidak semulia Rasulullah
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis...andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof...seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim...andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

Wallahu Ta'ala A'lam

p/s :
Ya Allah muliakanlah kedua-dua pasangan yang aku maksudkan ini. Perkukuhkanlah istana yang bakal mereka bina dan rahmatilah keduaNya Wahai Tuhan.

1 comment:

  1. InsyaAllah... will remember setiap pesanan.. hehe.. thank you razeef.. for reminding!.. :)

    ReplyDelete