Soalan 25
Soalan 48
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Moga-moga Allah terus dan terus kesian kepada kita. Apalah sangat kehidupan tanpa redha Tuhan. Penulisan kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu artikel yang saya baca dari laman web https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94&Itemid=157#37 soalan 25 dan 48 seperti saya sisipkan di atas bersama penulisan ini. Sejujurnya fenomena ini bukan satu yang baru cuma digembar-gembur mutakhir ini. Manusia memang tidak akan dan tidak boleh lari daripada ujian Tuhan sekali pun dia seorang ustaz, Pak Lebai, pemabuk, tukang besi, juruterbang, peguam, doktor, arkitek atau apa-apa pun kedudukan. Apa-apa pun title gelaran kita marilah kita kembali kepada asas dalam kehidupan iaitu manusia adalah hamba kepada Tuhan, Allah jalla wa'la. Segala yang baik Allah balas dengan kebaikan dan yang buruk Allah balas dengan kecelakaan. Penegasan ini Allah nukilkan dalam ayat berikut:-
7. jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Surah Al-Isra' Ayat ke 7)