Manusia amfibia


Soalan 25
Soalan 48


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.


Moga-moga Allah terus dan terus kesian kepada kita. Apalah sangat kehidupan tanpa redha Tuhan. Penulisan kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu artikel yang saya baca dari laman web https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94&Itemid=157#37 soalan 25 dan 48 seperti saya sisipkan di atas bersama penulisan ini. Sejujurnya fenomena ini bukan satu yang baru cuma digembar-gembur mutakhir ini. Manusia memang tidak akan dan tidak boleh lari daripada ujian Tuhan sekali pun dia seorang ustaz, Pak Lebai, pemabuk, tukang besi, juruterbang, peguam, doktor, arkitek atau apa-apa pun kedudukan. Apa-apa pun title gelaran kita marilah kita kembali kepada asas dalam kehidupan  iaitu manusia adalah hamba kepada Tuhan, Allah jalla wa'la. Segala yang baik Allah balas dengan kebaikan dan yang buruk Allah balas dengan kecelakaan. Penegasan ini Allah nukilkan dalam ayat berikut:-


7. jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Surah Al-Isra' Ayat ke 7)


Golongan Dua Alam Umat Nabi Luth a.s


Seperti mana Al-Quran ceritakan, kaum Nabi Luth a.s. membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu keinginan nafsu ke atas kaum sejenis. Apabila Nabi Luth mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut dan juga amaran dari Allah SWT, mereka telah menolak seruan tersebut dan menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan terkutuk itu. Berikut adalah ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan azab yang Allah timpakan ke atas kaum Luth.


"Wahai Lut! Sesungguhnya Kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. kaum Engkau Yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama Dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. kecuali isterimu, Sesungguhnya ia akan ditimpa azab Yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa Yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud : Ayat 81)


dan Demi sesungguhnya! mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu! dan Demi sesungguhnya! mereka telah ditimpa azab Yang kekal pada pagi-pagi hari (esoknya). (Surah Al-Qomar ayat 37 dan 38)




Taubat


Marilah kita lihat sekeliling kita, entah berapa banyak Tuhan telah turunkan kesusahan dan kesakitan yang mengaibkan ke atas mereka yang melakukan perkara terkutuk ini. Mungkin ada benar mengapa sehingga ke hari ini penyembuh kepada penyakit AIDS masih Allah sembunyikan. Ke semua ini adalah ujian yang mungkin berupa kafarah dosa untuk Allah kembalikan insan-insan yang tersesat ini untuk bertaut kepadaNya.


Bagi mereka yang masih lagi bergelumang dengan kemungkaran ini dan belum lagi Allah kafarahkan sebegini rupa, mungkin ada baiknya tuan tuan dan puan puan menghayati ayat Al-Quran tadi dan mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku ke atas  kaum Luth dan apa-apa kemusnahan yang Tuhan telah tunjuk mutakhir ini dan mungkin juga Allah masih memberi peluang untuk berubah. Yakin dan percayalah Allah maha adil dalam pertimbangannya dan seksa Allah itu amatlah pedih.


Pesanan


Bagi lelaki mahupun perempuan yang bakal melayari mahligai perkahwinan, Istana idaman, saya syorkan ishtiqorahlah dan mohon petunjuk daripada Allah supaya Allah anugerahkan  pasangan yang terbaik untuk kita berkongsi hidup. Suami yang soleh, untuk isteri yang soleh dan sebaliknya suami yang jahat, untuk isteri yang jahat. Perkahwinan itu sesuatu yang murni jangan jadikan ia pentas untuk berlakon atau topeng semata-mata.


Ingin saya kongsikan hadis berikut :


Rasul pernah ditanya : "Wahai Rasulullah! Suami dan isteri yang paling baik itu bagaimana? Rasul menjawab : "Suami yang paling baik adalah suami yang sikap dan ucapannya selalu lembut terhadap isterinya, tidak pernah bicara kasar, tidak pernah bersikap kasar, tidak pernah menyakiti perasaan isterinya, tetap menghormati dan menghargai isterinya.


Bagi yang mereka yang masih lagi belum sedar dan bergelumang dengan perkara mungkar, berhentilah, dan bertaubat. Ingat! kita hanya hamba. Apa jadi kepada hamba sekiranya tuannya (Allah) benci dan tak suka.


Kepada mereka yang Tuhan telah turunkan kesakitan di atas perkara silam yang dilakukan. Terus meneruslah untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada pencipta. Hayatilah bait-bait hadis Rasulullah seperti berikut:-


Allah pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan sesuatu kesusahan, seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api. Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam.” (Riwayat Tabrani)


Renungkan juga firman Allah yang syahdu...


“Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (Asy-Syams, ayat 8-10)
Ikhlas


Kesimpulan


La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana

“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati. Sesungguhnya Allah ada bersama kita”

Inilah kata-kata Nabi Muhammad صلیﷲ علیﻪ و سلم kepada Saidina Abu Bakar r.a ketika mereka bersembunyi di dalam gua tsur. Kata-kata inilah yang menjadi semangat dan penenang hati Abu Bakar r.a di dalam kegusaran diburui musuh.

Innallaha ma’ana.
Allah itu ada bersama kita. InsyaAllah.






No comments:

Post a Comment