Menangislah wahai mata,
tandanya dikau jua hamba,
tatkala hati dalam gulana
takutkan balasan dan murka Sang Pencipta.
Menangislah wahai mata,
tatkala datangnya kesyahduan membungkam segala,
biarlah luluh air mata digelinang bersama,
takutkan laknat yang Maha Segala.
Menangislah wahai mata,
biarkan segalanya berbicara mencerita
kerana diri tiada apa,
cuma mengharap yang Maha kuasa.]
Menangislah wahai mata,
tatkala malam suram berbicara,
dalam keasyikan alunan wahyu Pencipta,
tandanya aku cuma hamba yang hina.
Menangislah wahai mata,
kerna engkau aku selalu berdosa,
melihat sesuatu perkara dicerca,
mendatangkan hukuman dari Maha Perkasa.
Aku merayu dan terus merayu.. menangislah wahai mata.
Itu tandanya istirghfarku menyerah segala kepada yang Kuasa.
Matikanlah aku dalam mataku tidak berdosa.
Menangislah wahai mata......
No comments:
Post a Comment