Ujian merupakan didikan Allah secara senyap tetapi mengajar insan erti hidup bertuhan. Percayalah sesuatu musibah yang Allah turunkan itu tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan ada sesuatu yang memicukan agar Allah turunkan kelaknatan ke atas seseorang itu. Buktinya, Allah berfirman dalam nada yang tegas.
“Dan musibah apa pun (gempa bumi, penyakit menular) yang menimpa kamu, adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS Asy Syuura [42]: 30)
Meniti hidup sebagai seorang insan pasti punyai banyak ranjau dan ujian. Kekadang ujian yang ditempuhi berupa kepayahan hidup, kesempitan wang, sakit dan bermacam-macam lagi musibah ranjau kehidupan.
Tidak dilupakan juga sesekali Allah turunkan ujian berupa kesenangan hidup, kekayaan harta benda, kenikmatan ke atas sesuatu perkara yang mungkin pada hakikatnya perkara tersebut mendatangkan murka Allah SAW. Ke semua ini Allah anugerahkan kepada setiap insan untuk menguji siapakah di antara hambaNya yang betul betul layak dianugerahkan kenikmatan yang hakiki iaitu syurgaNya.
Ujian merupakan didikan Allah secara senyap tetapi mengajar insan erti hidup bertuhan. Percayalah sesuatu musibah yang Allah turunkan itu tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan ada sesuatu yang memicukan agar Allah turunkan kelaknatan ke atas seseorang itu. Buktinya, Allah berfirman dalam nada yang tegas.
“Dan musibah apa pun (gempa bumi, penyakit menular) yang menimpa kamu, adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS Asy Syuura [42]: 30)
Saya tergerak menulis artikel ini, kerana merasakan sesak memikirkan nasib umat, lelaki mahupun perempuan di akhir zaman ini, sama ada teman taulan yang rapat ataupun jauh.Saya pernah menulis satu artikel berkenaan dengan takut. Dalam kesempatan yang ada ini saya ingin mengulangi bait-bait penting dalam artikel tersebut.
"Semua orang punyai rasa takut. Rasa takut anda dan rasa takut saya mungkin berbeza. Tetapi yang penting adalah tanamkan rasa takut kita untuk melakukan maksiat kepada Allah Jalla wa'la"
Menanamkan rasa takut dan gerun dengan azab Allah ini perlu. Tanpa rasa takut dan gerun jiwa manusia yang dibadai nafsu pasti membuak. Dengan menanamkan rasa kesedaran di dalam sanubari bahawa seandainya melakukan maksiat kepada Allah pasti Allah datangi musibah, hati kita pasti akan terdidik dan luluh takutkan Allah, Pencipta sekalian alam.
Lihatlah sekeliling kita, entah berapa ramai sahabat taulan diuji oleh Allah mungkin di atas perkara yang dilakukan oleh mereka. Ambillah iktibar dan terus menerus memohon kepada Allah agar tanamkan rasa takut kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan musibah dan azab dari Pencipta.
Mengembalikan segalanya kepada Allah
Teringat pula satu pesanan Nabi SAW:
“Sesungguhnya besarnya balasan tergantung dari besarnya ujian, dan apabila Allah cinta kepada suatu kaum Dia akan menguji mereka, barangsiapa yang ridha, maka baginya keridhaan Allah; namun barangsiapa yang murka, maka baginya kemurkaan Allah.” (H.R. Tirmidzi).
Semasa menempuh satu satu ujian, hati, perasaan dan segalanya harus pasrah dan mendambakan segalanya kepada Allah. Kesabaran yang hakiki adalah kesabaran yang mampu menyedarkan manusia bahawa semua yang ada di dunia milik Allah dan cepat atau lambat pasti akan kembali kepada Allah, “(orang-orang yang sabar yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan Inna Lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).”
Seluruh yang ada ini milik Allah, termasuk harta, rumah, anak, isteri dan sebagainya. Semua itu diamanahkan kepada kita. Untuk selanjutnya akan diminta pertanggungjawaban di akhirat nanti. Sebagai Pemilik, Allah berhak mengambilnya bila-bila saja sekehendak-Nya. Karena itulah, kita harus mempersiapkan diri sebaik-baiknya jika datangnya waktu diri, harta, anak, isteri dan semua yang ada di sekitar kita diambil oleh Allah.
Justeru, marilah jiwa-jiwa dan hati-hati insan yang gerun kepada Allah, marilah kita bertaubat dengan sebenar taubat di atas segala yang telah kita lakukan. Pada hari ini kita mungkin selesa atau nikmat melakukan perkara yang Allah benci. Tetapi sedarlah wahai insan, hari ini mungkin kita selesa tetapi ke mana lagi kita hendak lari di dunia ini, segalanya di bawah pantauan dan kepungan Ilahi. Bila-bila masa sahaja Allah ranapkan. Mari kita terus dan terus berdoa dan beristighfar agar Allah ampunkan kita dan tanamkan rasa takut untuk kita bermaksiat kepada Allah.
Ikhlas dari Razeef buat teman-teman.
No comments:
Post a Comment