Semasa hendak mengetuk papan kekunci untuk menulis artikel ini, berat hati saya hendak mengupas isu yang bakal dinukilkan pada baris baris berikut. Tapi saya cuba gagahi jua dan moga-moga Allah membuka hati insan untuk mendalami ilmu peribadatan yang terungkap dalam solat.
Solat atau sembahyang adalah jambatan yang menghubungi hamba dengan Tuhannya. Solat: padanya ada penyembahan, ada rintihan, ada pengaduan serta penyerahan diri setotalnya kepada Pencipta yakni Allah, Tuhan semesta alam. Jiwa akan tenang bila bersolat, jiwa akan tenteram sekiranya hati disucikan dengan alunan zikir yang terdapat dalam solat. Insan akan menjadi rapat dan intim bersama Tuhannya di dalam solat.
Sakinah oh sakinah...
Hari ini saya hati saya tersentap seketika tatkala seorang tabligh menghampiri saya ketika solat fardhu di surau pejabat. Beliau dan beberapa rakan beliau yang lain menghampiri saya dan membuat satu halaqah dan bertanyakan tentang satu soalan berkaitan dengan ketenteraman dalam hidup.
Bait-bait indah bacaan solat...
Bicara solat bukan perkara baru untuk insan yang bergelar muslim. Sejak kecil kita diajar bagaimana untuk solat. Kita turut diberitahu tentang kepentingan solat dan kesan apabila meninggalkannya. Ke semua ini merupakan teori-teori teknikal yang perlu anda tahu tentang solat.
Untuk artikel kali ini saya ingin tuan-tuan dan puan-puan menghayati setiap bait-bait syahdu yang diungkapkan dalam pakej solat seorang muslim untuk kita sama-sama menghayatinya dan memahamkannya dalam sanubari supaya kita mengerti dan benar-benar menginsafi mengapa Allah wajibkan solat.
Untuk artikel kali ini saya ingin tuan-tuan dan puan-puan menghayati setiap bait-bait syahdu yang diungkapkan dalam pakej solat seorang muslim untuk kita sama-sama menghayatinya dan memahamkannya dalam sanubari supaya kita mengerti dan benar-benar menginsafi mengapa Allah wajibkan solat.
Air mata seorang Ibu
Di dalam menulis artikel ini, saya ingin membawa satu cerita di zaman Rasulullah sehinggakan babak-babak cerita ini tertulis di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Hendak dipendekkan cerita, Juraiz adalah seorang sahabat yang sangat-sangat mengutamakan ibadatnya sehinggakan beliau mengabaikan ibunya yang sedang memanggilnya.
Selamat Hari Kelahiran yang ke 31...
Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.
Ya Allah.. Uruskanlah aku ini YA ALLAH...
Robbi Lakil ni ila ngairik, ila nafsi, fa ajas tu anha walatakil ni ila ngairik.. fadhi u'ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)