Di atas putaran masa aku tetap begini

Bismillah...

Ilahi,
Di atas putaran masa,
hamba ini, Engkau gerakkan,
penuh dugaan Engkau berikan
namun aku tetap begini.

Ilahi
Di atas putaran masa,
hamba ini, Engkau gerakkan,
penuh drama kehidupan ku lalui
namun aku tetap begini,

Ilahi
Di atas putaran masa,
hamba ini, Engkau gerakkan,
penuh rahmat, Engkau anugerahkan
dambaan syukur aku zikirkan.

Allahu Robbi,
Di atas RobbMU daku bernafas,
Di atas ketentuanMu, aku dikhianati dan dizalimi serta ditindas,
Lindungi daku wahai Tuhan, istiqomah dan lunakkan hatiku,
sekali pun aku terus dikhianati, dizalimi dan ditindas.

Allahu Robbi,
Manusia sering menggunakan pentas duniaMu untuk berlakon,
Namun, anugerahkan lah hati ku untuk berlindung dari lakonan jahat watak manusia ini.

Allahuma ya munzilal kitab, wa ya mujriassahab,
(Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, wahai Tuhan yang mengarakkan awan)
Ihzimhum, ihzimhum, ihzimhum (hancur kan lah mereka, hancur kan lah mereka, hancur kan lah mereka)
Lindungi daku terhadap mereka.

Amin.

Salam Eid'ul Fitri

Taqobballah minna wa minkum
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir & Batin

Romadhan

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Manusia amfibia


Soalan 25
Soalan 48


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.


Moga-moga Allah terus dan terus kesian kepada kita. Apalah sangat kehidupan tanpa redha Tuhan. Penulisan kali ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu artikel yang saya baca dari laman web https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=94&Itemid=157#37 soalan 25 dan 48 seperti saya sisipkan di atas bersama penulisan ini. Sejujurnya fenomena ini bukan satu yang baru cuma digembar-gembur mutakhir ini. Manusia memang tidak akan dan tidak boleh lari daripada ujian Tuhan sekali pun dia seorang ustaz, Pak Lebai, pemabuk, tukang besi, juruterbang, peguam, doktor, arkitek atau apa-apa pun kedudukan. Apa-apa pun title gelaran kita marilah kita kembali kepada asas dalam kehidupan  iaitu manusia adalah hamba kepada Tuhan, Allah jalla wa'la. Segala yang baik Allah balas dengan kebaikan dan yang buruk Allah balas dengan kecelakaan. Penegasan ini Allah nukilkan dalam ayat berikut:-


7. jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Surah Al-Isra' Ayat ke 7)

Suatu perjalanan...

Saya menulis artikel ini sewaktu di Sandakan dan dalam perjalanan hendak balik ke Kuala Lumpur. Perjalanan hidup insan sekiranya kita menyingkap dan meneliti kembali, merupakan suatu perjalanan yang dirancang oleh Tuhan untuk melihat sekental mana kita melangkap sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. Ada kala nya perjalanan itu berliku. Ada kalanya pula perjalanan itu penuh dengan tawa dan riang. Apa-apa pun biarlah rentak dan nada perjalanan itu selalu merendahkan diri dengan rasa tadarruk mendamba kita kepada Sang Pencipta sekalipun kita seorang pemerintah negara, doktor, peguam mahupun arkitek. Penghujung hidup kita yang pasti akan diliputi kain putih, terbujur di pembaringan menunggu diusung ke liang lahad dan semua itu pasti belaka.

Hati yang miskin...jiwa yang hambar...

Insan tetap insan. Selalu kecundang.  Hanya jiwa insan selalu Allah tekan dengan ujian demi ujian yang getir dan kepayahan akan sentiasa bulat, tunduk dan patuh kepada ketentuan Penciptanya. Jiwa yang tulus dan mulus hanya dipupuk dengan didikan Tuhan yang berupa ujian.

Ayuh kita renungi kembali saat-saat getir yang kita alami selama kita hidup. Pada ketika getir itu kita merasakan dunia ini berada di pengakhiran, diri ini akan kecundang. Tetapi lihatlah hari ini berapa banyak saat-saat getir telah pun kita harungi atas bantuan Ilahi. Ketika sakit, kita menyebut dengan tak sengaja hati kita mengeluh dan mengadu "Ya Allah... aku sakit ya Allah". Ketika diri dianiaya kita akan tersentap dan tersentuh mengadu kepada yang Esa "Ya Allah, kenapa lah diri aku begini Ya Allah. Saat dan ketika ini lah jiwa insan akan bulat mengharapkan pertolongan Ilahi. Hebat sekali Allah mendidik hati insan yang Dia pilih dan yang Dia sayang.

Solat: Di antara dokma budaya dan hukum Allah

Semasa hendak mengetuk papan kekunci untuk menulis artikel ini, berat hati saya hendak mengupas isu yang bakal dinukilkan pada baris baris berikut. Tapi saya cuba gagahi jua dan moga-moga Allah membuka hati insan untuk mendalami ilmu peribadatan yang terungkap dalam solat.

Solat atau sembahyang adalah jambatan yang menghubungi hamba dengan Tuhannya. Solat: padanya ada penyembahan, ada rintihan, ada pengaduan serta penyerahan diri setotalnya kepada Pencipta yakni Allah, Tuhan semesta alam. Jiwa akan tenang bila bersolat, jiwa akan tenteram sekiranya hati disucikan dengan alunan zikir yang terdapat dalam solat. Insan akan menjadi rapat dan intim bersama Tuhannya di dalam solat.

Sarung Cincin

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Sakinah oh sakinah...

Hari ini saya hati saya tersentap seketika tatkala seorang tabligh menghampiri saya ketika solat fardhu di surau pejabat. Beliau dan beberapa rakan beliau yang lain menghampiri saya dan membuat satu halaqah dan bertanyakan tentang satu soalan berkaitan dengan ketenteraman dalam hidup.


Bait-bait indah bacaan solat...

Bicara solat bukan perkara baru untuk insan yang bergelar muslim. Sejak kecil kita diajar bagaimana untuk solat. Kita turut diberitahu tentang kepentingan solat dan kesan apabila meninggalkannya. Ke semua ini merupakan teori-teori teknikal yang perlu anda tahu tentang solat.

Untuk artikel kali ini saya ingin tuan-tuan dan puan-puan menghayati setiap bait-bait syahdu yang diungkapkan dalam pakej solat seorang muslim untuk kita sama-sama menghayatinya dan memahamkannya dalam sanubari supaya kita mengerti dan benar-benar menginsafi mengapa Allah wajibkan solat.

Air mata seorang Ibu

Di dalam menulis artikel ini, saya ingin membawa satu cerita di zaman Rasulullah sehinggakan babak-babak cerita ini tertulis di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Hendak dipendekkan cerita, Juraiz adalah seorang sahabat yang sangat-sangat mengutamakan ibadatnya sehinggakan beliau mengabaikan ibunya yang sedang memanggilnya.

Selamat Hari Kelahiran yang ke 31...

Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Ya Allah.. Uruskanlah aku ini YA ALLAH...

Robbi Lakil ni ila ngairik, ila nafsi, fa ajas tu anha walatakil ni ila ngairik.. fadhi u'ni...

Hidup Bertuhan

Ujian merupakan didikan Allah secara senyap tetapi mengajar insan erti hidup bertuhan. Percayalah sesuatu musibah yang Allah turunkan itu tidak akan berlaku dengan sendirinya melainkan ada sesuatu yang memicukan agar Allah turunkan kelaknatan ke atas seseorang itu. Buktinya, Allah berfirman dalam nada yang tegas.


“Dan musibah apa pun (gempa bumi, penyakit menular) yang menimpa kamu, adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (QS Asy Syuura [42]: 30)

Simpan dulu tangisan tu razeef.....

Biar derita membadai jasad
Lemparkan senyum
Pada setiap insan
Kerana senyum ubat paling mujarab
Yakinlah setiap penyakit ada ubatnya
Lemahnya insan belum menemuinya
Bedahendoskopi,ct-scan,pet-scan lumrah rawatan
Barrium,fistulagram hadapi dengan tabah
Kimoterapi,radioterapi,hormon terapi

Muntah,badan tak bermaya,rambut gugur
Usah mematahkan harapanmu
Derita tanggung sendiri
tahulah kita siapa sahabat siapa kawan
inilah putaran hidup
sebelum kita dijemput menemuiNya
bangunlah di tengah malam
jangan lagi simpan tangismu
mohonlah padaNya
sakit itu penghapus dosa
jangan kita marah padaNya
kerana kita hambaNya
dan dunia ini tempat ujian.

Fakta diselewengkan!

Dalam sejarah manusia, ramai yang teraniaya hanya disebabkan oleh berita palsu yang direka terhadap seseorang. Penderitaan atau kezaliman cerita bohong atau penyelewengan fakta terhadap seseorang, bukan sahaja dirasai kesannya oleh individu berkenaan, sebaliknya juga orang ramai.

YA Allah sakitnyer...

Di dinihari bersama titisan embun
Bersama kukukan rindu si ayam jantan
Tika insan lain diulit mimpi
Tika insan lain dibuai hilai tawa
Ku meratap merintih kesakitan
Air mata membasahi pipi yang hanya berbalut kulit
Di ranting harapan
Ku merayu padaMu Penciptaku
Ku menitip doa untuk kesekian kalinya
Ya Rabb!
Sembuhlah sakitku ini
Rasanya tak betah lagi menanggung derita ini
Bagai sembilu menikam setiap urat sarafku
Ya Latif! Yang Maha lembut!
Kepadamu ku bermunajat
Di penjuru malam
Bersama kepedihan ini
Bersama kedinginan malam

Ya Rahman Ya Rahim,
Dengarlah rintihan hambamu
Yang entah ke berapa kali ini

Pun ku tak pernah jemu
Menadah kedua tangan ku yang hina ini
Memohon kemaafan
Atas dosa-dosa lampau
Ku mohon agar derita ini sebagai kifarah dosaku
Moga syurga menanti...........................

Tanya pada hati

bertanya aku pada diri,
apa sebenarya merunsing hati?
apa sebenarnya mengunci fikir ini?

ku selam-selam lautan hati,
ku cari-cari rasa apakah ini,
ku fikir-fikir,
ku jangka-jangka,
bertemu jawapankah aku akhirnya?

ku teroka luas ruang memori,
ku belek-belek diari hidup ini,
semalam yang dulu, hariku kini,
apa terjadi? apa yang menjadi ...

ku pandang jauh ke dalam diri,
ku ingat-ingat rasa di hati,
ku sentuh lembut waras fikir ini,
ku susun atur cebis-cebis memori,
entah mengapa dan bagaimana,
jawapannya telah lama ada (rupanya!) ...

rupa-rupanya aku pelupa,
lama aku tak hiraukannya,
minda ku ini jadi tak upaya,
resah di hati terus meraja,
kerana 'ia' sedang derita ...

jiwa, hati, nyawa jasadku ini,
sedang haus,
sedang lapar,
sedang tandus,
lemah, terketar-ketar ...

meminta air,
merayu bekalnya,
menagih simpati aku si empunya ...

'ia' minta aku ada,
terjaga dan kembali semula,
pada Dia satu-satunya,
kasih dan cinta yang selamanya!

'ia' pinta aku pergi,
mencuci dosa,
memohon ampunNya,
ubah cintaku,
pulangkannya kembali,
pada Dia, dan Dia saja mesti!

dulu 'ia' berbisik-bisik,
kini 'ia'menjerit-jerit,
"pulang 'aku' pulang"
"kembali 'aku' ke pangkal jalan"
"sudah lama 'aku' berjauhan"
"nah! kembalilah penuh kerinduan!"

jeritan 'ia' ku dakap erat,
kata-kata 'ia' jadi azimat,
ku kata pada diri ...
kembalilah pada matlamat,
pada asal diri,
pada Dia yang hakiki ...

hanya pada Dia bisa jumpa damai,
hanya dengan Dia bisa ketemu bahagia ...

hanya punya 'ia' dari hidayahNya,
disiram cahaya ilmu dan taqwa,
bisa aku temukan penawarnya,
ubat hati yang parah terluka,
akibat alpa ...
'ia' ku biarkan terus tipis,
dengan dosa noda dunia,
dengan asyik melupakanNya!

hai aku!
usah biar diri ini
terus diracun dunia,
kembalikan aku berpijak di bumi nyata,
menjunjung langit redhaMu sentiasa ...

ampuni aku Tuhan,
sucikan noda jiwaku ar-Rahman,
aku ingin kembali,
jangan tinggal aku sendiri ...

tidak ada daya dan kekuatan,
tidak dapat tidak,
hanya denganMu ya ar-Rahman!
kembalilah damai hati,
kembalilah tenang fikir ini,
kembalilah 'ia' menunjuk jalan,
menujuMu ar-Rahman penuh kecintaan,
mencari ampunan penuh keredhaan ...

*ala bidzikrillahi tatmainnal quluub > ar-ra'd:28*

Wallahi Wabillahi Watallahi

Firman Allah: (maksudnya) “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah: ayat 30).

Dunia Islam yang tenat...

Satu hakikat yang tidak dapat dipadamkan daripada lembaran sejarah ialah bahawa umat Islam 1400 tahun yang lalu merupakan satu golongan manusia yang memiliki maruah, kemuliaan, kekuatan dan keagungan yang tiada tandingan.

Menangislah Wahai Mata

Menangislah wahai mata,
tandanya dikau jua hamba,
tatkala hati dalam gulana
takutkan balasan dan murka Sang Pencipta.

Menangislah wahai mata,
tatkala datangnya kesyahduan membungkam segala,
biarlah luluh air mata digelinang bersama,
takutkan laknat yang Maha Segala.

Menangislah wahai mata,
biarkan segalanya berbicara mencerita
kerana diri tiada apa,
cuma mengharap yang Maha kuasa.]

Menangislah wahai mata,
tatkala malam suram berbicara,
dalam keasyikan alunan wahyu Pencipta,
tandanya aku cuma hamba yang hina.

Menangislah wahai mata,
kerna engkau aku selalu berdosa,
melihat sesuatu perkara dicerca,
mendatangkan hukuman dari Maha Perkasa.

Aku merayu dan terus merayu.. menangislah wahai mata.
Itu tandanya istirghfarku menyerah segala kepada yang Kuasa.
Matikanlah aku dalam mataku tidak berdosa.
Menangislah wahai mata......

Dari hati ke hati..... renungilah dan gelinangkan air mata..

Untuk yang berduka,  tertekan dan merasakan diri begitu hampa...
Ya Allah!

Milik-Mulah segalanya ini. Ketakutan ini. Rasa kasih ini. Debaran hatiku, milik-Mulah. Milikku hanya kosong. Semuanya kupinjam. Semuanya anugerah. Segalanya ujian. Bila Engkau murka, aku hancur. Bila Engkau cinta, dukaku lebur.


Ya Allah!

Aku menyeru nama-Mu. Aku mencari-Mu. Perjalanan hidup yang kulalui, pada-Mu sajalah tempat akan kukembali. Janganlah Engkau memarahiku. Janganlah Engkau membenciku. Engkau Tuan, aku hamba! Bagaimanakah aku bila Engkau membenciku? Bagaimanakah keadaan aku, seorang hamba, bila dibenci oleh Tuannya? Manalah lagi tempat untuk seorang hamba jika dibenci oleh Tuannya? Mana lagi tempat untukku? Semuanya milik-Mu. Milik-Mulah segala yang ada. Segala yang kunampak dengan mata, segala yang kurasa dengan hati. Milik-Mulah. Milikku hanya kosong. Kosong...


Ya Allah!

Janganlah Engkau jadikan anugerah yang Engkau berikan kepadaku sebagai hijab yang melindungi aku dari pandangan-Mu. Janganlah Engkau jadikan ujian yang Engkau timpakan kepadaku sebagai hijab yang akan memisahkan aku dengan-Mu. Jangan Ya Allah! Bagaimana aku, seorang hamba ingin hidup tanpa kasih sayang Tuannya? Bagaimana aku, seorang hamba ingin hidup tenang bahagia tanpa keredhaan tuannya? Janganlah Engkau jadikan ilmu itu bagai hijab yang memisahkan kita. Janganlah Engkau jadikan kejahilan itu bagai hijab yang menjauhkan kita.


Ya Allah!

Aku dungu! Aku hina!

Janganlah Engkau pisahkan aku dari bimbingan dan pengampunan-Mu.


Ya Allah!

Aku faqir!

Jangalah Engkau tinggalkan aku dalam ketidakcukupanku.


Amin Ya Robb

Insan perlukan kesian dari Allah

Bicara agama harusnya lunak dan memberi harapan kepada mereka yang mengharapkan. Sesekali pabila kita menjengah di persekitaraan, ada di antara golongan agama cuba dan ingin menampakkan Islam itu sesuatu agama birokrasi penuh dengan larangan, dosa dan neraka.

Ujian dari Allah

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Epilog Samuderabiroo


Untuk jawab soalan ini, dengan rendah hati izinkanlah saya.

Malam tahun baru 2011

Malam sudah lama bermula. Sudah mahu sampai di pertengahannya. Namun, bunyi dentuman bunga api di luar sana masih rancak. Disko di Pavilion berkumandang megah Cahaya warna warni memenuhi langit di KLCC malam ini. Saya masih terkurung di dalam dunia sunyi. Memandang dinding dan sesekali berbahasa dengan angin.Makin rancak puing-puing getaran disko diski.... tetiba  masih ada lagi hati insan mendengar detikkan suaraku mengalunkan ayat suci ditelinganya dan di sana segalanya bermula...

Letihnya

Pernahkah anda merasa letih ketika di perjalanan yang sangat jauh?
Entah, tiba-tiba saya berasa terlalu penat. Terlalu letih. Persis baru tiba dari sebuah perjalanan di padang pasir yang luas dan tandus. Saya sudah tidak sabar untuk menamatkan perjalanan ini. Saya sudah sedia membuka mulut, mendongak ke langit agar turun titisan rahmat dari awan kasihNya yang Maha Pemurah. Saya mahu mengisi kedahagaan ini, dengan pertemuan, agar saya tidak lagi berpeluang ingkar terhadap anugerahNya.

Anda, jangan silap faham. Saya bukan berputus asa pada kehidupan yang Allah berikan ini. Bukan! Bukan, saya bukan berputus asa. Saya cuma berasa terlalu letih. Saya hanya mahukan Dia, mahukan sebuah kesudahan yang baik daripada nyawa yang saya galas ini. Saya mahukan kesudahan yang bahagia, bersamaNya tatkala saya sudah berasa amat letih. Saya sakit, entahlah, saya cuma nak kesudahan yang baik dari Sang Pencipta. Dah rasa macam tak larat sangat-sangat dah ni.!

TEATER MUZIKAL...

Assalamu'alaikum & Salam ukhwah buat Mr&Ms D

Dedikasi khas untuk Mr & Ms D


Renungkan

Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan kamu ingin bersikap dingin kepadanya keesokkan . Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kepadanya. Dia menceritakan perkara yang baik tentang kamu kepada kawan-kawannya yang lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin yang buruk mengenainya. Dia cuba mendekatimu dan menegurmu. Tapi kamu tolaknya ke tepi. Baginya kamu seorang kawan yang terbaik. Kamu pula rasa dia seorang kawan yang paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kepadamu dan menceritakan semula kenangan manis yang pernah kamu dan dia kongsi bersama. Kamu pula menulis semua saat buruk yang kamu ingat sepanjang bersamanya. Jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya. Tapi, di hatimu sudah penuh dengan kebencian. Keesokan harinya kamu jumpa satu nota daripadanya:

Kepada ..........,

Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tidak beri peluang untuk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya. Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian. Sekarang ini keadaan saya sangat teruk dan makin teruk.

Saya minta maaf sebab hari ini saya tidak dapat berjumpa dengan kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital. Saya sudah kesuntukan masa. Saya minta maaf sebab terpaksa beritahu kamu sekarang. Saya minta maaf atas pergaduhan kita. Kamu memang seorang kawan yang hebat. Saya berjanji akan sentiasa memerhatikan kamu.

Salam kasih sayang,

..........

Kamu pun berlari ke hospital untuk meminta maaf padanya. Tapi, hanya ibunya sahaja yang ada di situ. Ibunya menekap mukanya dengan kedua belah tangannya dan dia pun menangis. Dia melutut dan berdoa supaya Tuhan kembalikan anaknya. Kamu sudah terlambat. Kamu berharap dapat memberitahu kawanmu yang kamu meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal.

Pengajarannya:

Semua persahabatan ada masa naik dan turun dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jangan tunggu orang lain melakukannya dulu sebab kamu takkan tahu apa yang akan terjadi esok hari.

I miss my silent heart

miss my silent heart
that focuses, deep in thought
that tells me the truth
when others lie
that shows me the proof
when others deny

that guides me and protects me
prevents me from wrong

that tells me and convinces me
that I’m fine the way I’m

I miss my silent heart
coz it has been very noisy
since it stepped into the real world
which is awfully, very busy

now it talks about things
unimportant, simple and easy,
to release me from tense
or feeling unhappy…

it thinks about life
short-termed with too much 'love'
so that I’ll dream
yet I’m all awake …

it shows me wonders,
glittering splendours ...
it shows me colours,
worldly flavours ...

it shows me things,
too many of them ...
which I do not comprehend,
which I do not understand ...

it tells me very ‘important’ questions,
yet gives indefinite answers ...
it makes me perceive,
things I do not believe ...

it tells me to be 'me',
which is not what I am ...
it makes me 'me',
when my heart is noisy ...
'cheerful' and 'too happy',
'mischievous',
'adventurous' and 'lively' …

when I am forgetful indeed,
forgetting, not taking heed ...
of what Allah commands in the Qur'an,
of what the Prophet preached,
things I should always bear in mind ...

I miss my silent heart,
now I worry about things
that I should not …

I miss my silent heart
the Qur'an,
the dzikr,
the peaceful surrounding,
and my silent heart ...

I miss my silent heart

Allahumma ...
I seek YOUR forgiveness
I seek YOUR guidance of truth
I seek YOUR true love and bliss
show me YOUR way of peace

light and guide my life,
protect me from falling again
into the busy world ...
that speaks of the unreal,
that speaks of the untruth,
yet very, very appealing ..

coz it made my heart noisy,
and it made me lose 'me' ...
and I love my silent heart,
I can't stand being far apart ...

and miss my silent heart!

allahummaghfir zunubii
allahumma tohhir qalbi
allahumma ab'idni min makriddunya
wa ma feeha minasy syarri...

allahumma la taj'al fi qalbi,
hubban min gheyri hubbik ...
fala ana illa 'abduk,
wa ma ana bisyai-in illa bimardhatik,
faghfirli, warhamni ...

allahumma tohhir qalbi ….

Wallahu ta a'la a'lam

Janganlah hampa sesiapa yang dizalimi...

Dunia ini jika diciptakan Allah tanpa diiringi dengan Hari Akhirat, tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia. Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan dia tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedhaifan dirinya, atau keadaan yang tidak membelanya.

KATAKAN TIDAK KEPADA WAHABI

Saya menulis artikel ini ketika menghadiri Kursus Prosiding dan Pendakwaan yang diadakan di Genting. Dalam keadaan sejuk dan meneran kesakitan saya ingin menerangkan bahawa saya bukan wahabi dan pembawa aliran wahabi seperti dipertuduhkan semasa memberi ceramah.

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Kembalilah kamu kepada Tuhan yang menjadikanmu

ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.


Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.
Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Saya sakit

Apalah sangat kehidupan dunia ini melainkan untuk kita mengharap rahmat dan redha Ilahi. Saya menulis artikel ini untuk mengingati diri saya sendiri. Ketika menulis artikel ini kesakitan yang saya tanggung makin perit, tekanan darah makin kurang seakan-akan tak mampu lagi ditanggung oleh jasad badan. Namun di ruang kesempatan yang ada ini, saya gembira sangat-sangat kerana Allah masih lagi sayang dan memberi ruang dan kesempatan untuk terus dan terus bertajdid membawa dan memahamkan kekawan yang lain bahawa bicara agama ini bicara lunak yang memberi harapan bukannya kesusahan.

Islam adalah agama yang diutuskan oleh Allah untuk kemaslahatan manusia. Ia adalah panduan dan ketetapan demi kebaikan manusia semata. Ia adalah ajaran Allah bagi menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh manusia dalam berbagai sudut.


Ajarannya mengandungi kepercayaan lurus yang wajib dipasakkan dalam jiwa insan, juga mengandungi tindakan tepat dalam kehidupan. Dalam ertikata lain, Islam memandu jiwa insan, demikian ia juga memandu amalan dan tindakannya.

Katakan TIDAK! Hari Valentine..

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 
Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

Hujjatul Wada (Haji Perpisahan)

KHUTBAH Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.

Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.

Ketika Rasulullah SAW melaksanakan Haji Wada' (perpisahan) turunlah firman Allah SWT yang artinya: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamaku, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai islam itu menjadi agama bagimu." (QS. Al Maidah: 3) Maka menangislah Abu Bakar As-shiddiq R.A., Bersabdalah Rasulullah SAW: "Apa yang membuatmu menangis dalam ayat tersebut?" Abu Bakar R.A. menjawab: "ini adalah berita kematian Rasulullah SAW."

Wahai sahabatku.. Biar kita miskin harta dan kehidupan tapi jangan miskin jiwa

Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokan dengan kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan, sekalipun seringkali mengecapi keseronokan.

Izin vs Redha

Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.
 

Mandi Lulur

ANTARA tanda kasih sayang dan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah Dia tidak mewujudkan sebarang halangan untuk seorang hamba memohon kepada-Nya. Insan diperintahkan berhubung langsung dengan Allah tanpa sebarang ‘broker’ dalam hubungan yang suci itu. Tiada sebarang perantaraan antara Allah dan hamba-hamba-Nya.

Ujian hidup (I)

Setiap insan pasti akan diuji. Ada ujian berbentuk sakit. Ada pula berbentuk harta kekayaan, derita dan bermacam-macam lagi. Maha suci Tuhan yang merencanakan sesuatu ke atas hambanya yang Dia yakin hambanya cukup kuat untuk mengharungi ujian itu. Firman Allah dengan ungkapan yang shahdu dalam Surah Al-Baqarah


"286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya."

Ubat hati yang lara

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Pengumuman

Assalammualaykum WBT.

Moga-moga Allah merahmati kita.

Untuk makluman, blog ini mengalami sedikit gangguan teknikal, insya Allah ke semua penulisan akan dimasukkan semula.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

samuderabiroo